Isnin, 16 Mac 2009

lambaian

dalam lembaran tercatat sudah
pengorbanan terbesar di lipatan sejarah
sekeluarga mereka menunai amanah
ibrahim, ismail, hajar n sarah

lembu, kambing, unta dan kibas
tiada bandingan anak yang ikhlas
ratap ditelan tangis memulas
tawakkal ilallah nyawa digalas

tanah haram menerima tamu
usah terganggu perjalanan jiwamu
di masjidil haram mengurung nafsu
al multazam tapak kurnia dirayu

terik hangat wuquf di arafah
padang mahsyar sebagai ibarah
bumi muzdalifah dilontar jamrah
tawaf dan sa'ie pelengkap ibadah

di sana terserlah kewahidan insan
menjadi sebahagian kekuatan iman
keseragaman terhimpun dalam kesatuan
ukhwah mekar di kelopak kecintaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan