Isnin, 16 Mac 2009

pegalan 1996 (tragedi greg)

manisnya namamu menguak nurani
girang suaramu di kolam sanubari
aliranmu syahdu di lubuk hati
indahmu mengocak dalam naluri
pegalan nan damai mengusik memori..

disember 96 tercatat tinta
ramahmu mengumpul sejuta daya
meranap jatuh seribu nista
mengiring pundak duka nestapa
membanting korban nyawa dan harta
dengan izinNYA
dengan izinNYA

laungan dan tangisan membelah angkasa
tika insan selesa bercanda mesra
kekalahan dijanji abadi selamanya
greg bukannya ribut dipinta
memadam tawa suka nan alpa
terlerai segalanya sekelip mata
dengan izinNYA
dengan izinNYA

nostalgia segar meraih gundah
badai tanah melodak memusnah
dalam tenang geloramu memamah
bersyahadat mukmin di hujung lidah
ingatan TUHAN jangan tergoyah

lambaian

dalam lembaran tercatat sudah
pengorbanan terbesar di lipatan sejarah
sekeluarga mereka menunai amanah
ibrahim, ismail, hajar n sarah

lembu, kambing, unta dan kibas
tiada bandingan anak yang ikhlas
ratap ditelan tangis memulas
tawakkal ilallah nyawa digalas

tanah haram menerima tamu
usah terganggu perjalanan jiwamu
di masjidil haram mengurung nafsu
al multazam tapak kurnia dirayu

terik hangat wuquf di arafah
padang mahsyar sebagai ibarah
bumi muzdalifah dilontar jamrah
tawaf dan sa'ie pelengkap ibadah

di sana terserlah kewahidan insan
menjadi sebahagian kekuatan iman
keseragaman terhimpun dalam kesatuan
ukhwah mekar di kelopak kecintaan

tinta pemula

Hari ini pasti kan tercatat di lipatan ingatan ibu ini, berjaya akhirnya bertemu kolum yang dicari. Haha.. Setelah berbulan mencuba.. Terima kasih anakanda fahmi.. Salam sayang dari ummi.. Sejahtera hendaknya anakku di bawah payung rahmatNYA.