Selasa, 23 Jun 2009

UNTUK PARA MUSLIMAH BERGELAR ISTERI

BERHIASLAH UNTUK SUAMIMU DAN TUTUPLAH PANDANGANMU TERHADAP LELAKI LAIN. JAGALAH MARUAHMU DAN HORMATILAH DIRIMU DEMI SUAMIMU. JAGALAH DIRIMU DARIPADA BERKATA SESUATU YANG MENYINGGUNG PERASAAN SUAMIMU. SOKONGLAH SUAMIMU UNTUK MENCARI REZEKI YANG HALAL DAN KEHIDUPAN YANG DIREDHAI. JAGA WAKTU MAKAN SUAMIMU, KERANA LAPAR MENIMBULKAN KEPEDIHANNYA.JAGA KETENANGAN DAN WAKTU TIDURNYA KERANA IA BOLEH MENGHINDAR KEMARAHANNYA. PELIHARA HARTANYA KERANA HARTANYA TERMASUK PENGHARGAAN. PELIHARA DAN PERHATIKAN ANAK2NYA KERANA IA ADALAH PENGATURAN TERBAIK DALAM RUMAHTANGGA. SIMPAN RAHSIANYA UNTUK MENGELAKKANMU DARI MENGKHIANATINYA. JANGAN MENENTANG PERINTAHNYA AGAR DIA TIDAK MUAK MELIHATMU. JANGAN BERSEDIH DI SAAT SUAMI BERGEMBIRA DAN JANGAN BERGEMBIRA DI MASA KEDUKAANNYA, DEMI MENGELAKKAN SALAH FAHAM. UNTUK MENCAPAI SEMUA ITU, UTAMAKAN CINTANYA DARI CINTAMU, DAHULUKAN KEREDHAANNYA DARI KEREDHAANMU, BAIK DALAM HAL YANG KAMU SUKA MAUPUN YANG KAMU BENCI.. MENYINTAI SUAMI ADALAH KEWAJIPAN UTAMA SEORANG ISTERI SEJATI..

buat anak2 tersayang..

As i look back on my past, i remember the tears i cried, the jokes i laughed at, the things i missed and lost, but there's one thing i'll never regret, it's the day you all came into my life, one by one... Thank you ALLAH... for those ten children of mine and those four others who came later, but never the least! I luv you all..

EDISI DOA UNTUK YANG BERUMAHTANGGA 1

(a) DOA TAHAN TEKANAN / MARAH

LAAILAHAILLA ANTA, SUBHAANAKA, INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMIIN- al anbia' : 87
mafhumnya : tidak ada TUHAN melainkan ENGKAU, Maha Suci ENGKAU, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.

kata2 hikmah 1

Apabila kamu letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu. Apabila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH setia di sisimu. Apabila kamu telah mencuba segalanya, tetapi tidak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaiannya. Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapannya.. Percayalah, ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Rabu, 10 Jun 2009

Adha

labbaikallah...
labbaikallah...
Innalhamda...

Ke baitullah hadirkan diri
Di rumahNYA tertumpah cinta abadi
Pelbagai iktibar sirah hakiki
Pengorbanan mulia iman sejati

Berlainan benua berlainan bahasa
Berlainan bahasa berlainan rupa
Lingkaran kesopanan sama seagama
Menimbang hati menjaga kata

Miskin hina jutawan mulia
Menyarung ihram tidak berbusana
Rakyat, ulama, pemimppin, raja
Di bumi ALLAH ternyata sama

Ibadah haji mendidik mengajar
Berkorban ikhlas redha dan sabar
Aidil Adha tersimpul syiar
Takbir menggema ALLAH yang akbar

Hulurkan tangan sambutlah seruan
Ukhwah di kaabah jadikan teladan
Saling bermaaf melerai kesilapan
Jalinan ikatan persaudaraan insan

Sabtu, 30 Mei 2009

HAPPY MOTHER'S DAY

A woman has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love and oppinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid. Her love is unconditional! There's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth.. Love your mother while you can,while she's still there with you! Say HAPPY MOTHER'S DAY to your great mother!!

Rabu, 20 Mei 2009

luahan hati seorang wanita

19 mei, 2009. 11 mlm. Ada msg yang masuk. Meneliti pada kata2 yang tertera di skrin buat aku terpana. Bukan ini yang aku harapkan sejak menjadi pemudahcara, menjadi pemberi maklumat yang kerdil. Aku harapkan ada hubungan2 indah yang terbina, luhur atas dasar mawaddah wa rahmah, yang dikurniakan Ilahi. Bukan pertelingkahan, perselisihan atau persengketaan yang memilukan. Sungguh, hampir tiap hari ada saja msg yang terhimpun di hp burukku. Bukan aku mengeluh. Aku malah bersyukur kerana ada insan2 pendahaga ilmu yang sudi bertanya khabar, memberi respons dan terbanyak, membuka bicara agama. Cuma, bila ianya melibatkan permasalahan2 sukar dalam rumahtangga, kekadang ada air mataku yang tumpah tanpa sedar. Ampunkan aku wahai TUHAN! Aku hanya seorang hamba yang tidak berdaya... Paling sedikit sangat yang mampu kulakukan, hanya bermain kata2... Mencuba untuk mengubati jiwa2 resah di luar sana, dengan sekelumit ilmu yang diilhamkan dari Robbi dan ada kalanya dibantu anak2 yang x pernah lokek memberikan kerjasama..

Mlm ini, luahan hati seorang nenek yang mengetuk tangkai hatiku. Kesedihannya diluahkan dalam bicara yang panjang. Memang dia tidak aku kenali. Tapi dia mengenaliku, lewat kuliah2 ku yang dihadirinya di majlis2 ilmu. Terkocak jua ketenanganku tika membaca smsnya, yang walaupun tidak tersusun indah bahasanya, tapi aku sangat mengerti.. Gelodak rasa seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50an, spt yang diakuinya. Malah, ini bukan keluhan pertama yang aku layani, tapi memandangkan ianya dari seorang nenek, yang sudah punya cucu, buat aku dilibas rasa simpati yang bersangatan amat...

Wanita... Dimuliakan TUHAN, dengan anugerah yang sangat luarbiasa. Kekuatan dalam kelembutannya tak dapat ditandingi dek kegagahan lelaki manapun. Bila berkumpul dan bercerita dengan teman2, yang rata2nya adalah persoalan harian anak2, pasti terluah kata letih dan penat, lelah dan payah, dalam melayani segala mehnah yang hanya mereka yang merasa. Hingga ada teman yang meluah, "tinggal najis aja yang ndak masuk ke pinggan nasi ba.." Dan secara jujur aku akui, kata2 itu bukan kerana marah, bukan rungutan, bukan bebelan, tapi lebih pada sebuah penyataan. Hakikat yang jarang diungkapkan. Apalagi yang dapat dikongsi dengan insan lain. Lantaran tugas dan tanggungjawab yang menuntut lebih pada memberi dari menerima. Namun heran, dalam melunaskan segala tanggungjawab itu pun, masih ada suami2 yang tidak mengerti...